· 

Mitos dan Fakta Berkaitan Pusat Tuisyen

Mitos VS Fakta Tentang Pusat Tuisyen
Mitos VS Fakta Tentang Pusat Tuisyen

Pusat Tuisyen adalah dalam kategori institusi pendidikan swasta dan tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Penubuhan Pusat Tuisyen perlu selari mengikut peraturan yang digariskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Berikut adalah mitos dan fakta berkaitan Pusat Tuisyen.

  • Mitos: Sesiapa pun boleh buka Pusat Tuisyen.
  • Fakta: Pemohon wajib mengikuti kursus penubuhan Pusat Tuisyen dan mendapatkan sijil daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Salinan sijil wajib dikemukakan bersama dokumen wajib dan sokongan lain yang digariskan untuk kelulusan pihak berwajib. 

 

  • Mitos: Boleh buka Pusat Tuisyen di mana-mana termasuk rumah kediaman. 
  • Fakta: Pusat Tuisyen hendaklah beroperasi di bangunan komersial (disewa/dibeli). Lokasi adalah selamat dari punca kebakaran dan sampah sarap. 

 

  • Mitos: Tiada sebarang penguatkuasaan undang-undang berkaitan Pusat Tuisyen. 
  • Fakta: Aktiviti Tuisyen sekolah rendah dan menengah di premis komersial dipantau oleh Unit Penguatkuasa Pendidikan Swasta di bawah Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Had penalti / kompaun bagi yang engkar adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). 

 

  • Mitos: Sesiapa pun boleh jadi pengajar atau tutor di Pusat Tuisyen 
  • Fakta: Pusat Tuisyen wajib mendapatkan permit mengajar Tutor atau Guru Tuisyen mereka bagi kategori institusi pendidikan swasta (Pusat Tuisyen). Denda RM5, 000 jika tiada permit mengajar di bawah Seksyen 133, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) 

 

  • Mitos: Guru sekolah kerajaan boleh mengajar di Pusat Tuisyen 
  • Fakta: Sebagaimana merujuk Perkara 5 (2) dan (3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam [Kelakuan dan Tatatertib] Pindaan 2002, Pusat Tuisyen perlu mendapatkan salinan kebenaran Ketua Jabatan sebelum membenarkan Guru Sekolah mengajar atau berdepan tindakan. 

 

  • Mitos: Pihak LHDN tidak tahu tentang pendapatan tutor / Guru Tuisyen 
  • Fakta: Pada setiap tahun, Pusat Tuisyen selaku entiti perniagaan akan mengeluarkan Borang E bagi amaun bayaran mengajar kepada Guru Tuisyen. Borang E hendaklah digunakan oleh tutor / Guru Tuisyen untuk melaporkan pendapatan kepada pihak LHDN. 

 

  • Mitos: Tiada beza Pusat Tuisyen berdaftar dengan berdaftar.
  • Fakta: Pusat Tuisyen berdaftar dikawal selia oleh Kerajaan dari aspek kebersihan, keselamatan, piawaian pendidikan dan kadar yuran. 

 

  • Mitos: Pusat Tuisyen boleh naikkan yuran sesuka hati. 
  • Fakta: Pusat Tuisyen perlu mendapatkan persetujuan bertulis Pendaftar dari Jabatan Pendidikan Negeri untuk pindaan kadar yuran. 

 

  • Mitos: Pusat Tuisyen hanya perlu SSM sahaja untuk beroperasi 
  • Fakta: Pusat Tuisyen perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada Jabatan Pendidikan, Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan dan Majlis Daerah / Perbandaran untuk beroperasi dengan sah. 

 

  • Mitos: Sesiapa sahaja yang menawarkan bimbingan tuisyen di premis boleh guna nama "Pusat Tuisyen". 
  • Fakta: Denda RM30, 000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 86, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). 

 

  • Mitos: Pemilik premis yang menyewakan kepada Pusat Tuisyen tidak berdaftar tidak berdepan sebarang tindakan. 
  • Fakta: Denda RM5,000 di bawah Seksyen 132 (3) (D), Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) 

 

  • Mitos: Staf tetap Pusat Tuisyen tidak perlu permit. 
  • Fakta: Pusat Tuisyen perlu mendapatkan permit pekerja untuk staf tetap mereka daripada Jabatan Pendidikan Negeri. 

Write a comment

Comments: 0